| Lari 4x400 Meter Acara Tradisi Terengganu |
|
|
|
| Written by Mahirah Zakaria | |||
| Saturday, 14 July 2012 17:10 | |||
![]()
KUANTAN 14 Julai - Acara lari 4x400 meter disifatkan sebagai acara tradisi bagi negeri Terengganu khususnya bagi kategori wanita.
Pengurus pasukannya, Kama Rezuan Kamaruddin berkata, acara itu merupakan acara tradisi bagi mereka setelah empat tahun berturut-turut menjadi juara dalam acara tersebut.
![]()
"Pasukan kami telah memenangi acara ini sejak Sukan Malaysia (SUKMA) 2006, 2008, 2010 dan tahun ini manakala kategori lelaki telah berjaya pada tahun 2010 dan tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Menurut Kama Rezuan, kejayaan pasukannya merupakan hasil sokongan daripada para atlet, jurulatih, majlis sukan negeri dan kerajaan Terengganu sendiri.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana bekerja keras bagi mencapai matlamat yang diingini," katanya.
Tambahnya, semangat kekeluargaan yang dipupuk antara atlet menjadikan mereka sanggup berjuang berhabis- habisan untuk negeri itu.
Malam tadi, Terengganu memperolehi pingat emas bagi acara 4x400 meter kategori lelaki dan wanita sekaligus meletakkan pasukan itu ditempat teratas dalam kedudukan pingat.
|
Copyright @ 2012 SUKMA Malaysia